Friday, June 3, 2022

Marketing "Mohon Kecam" : Effective but Risky

Marketing bertujuan bagi orang nampak, tu yang selalu dikatakan oleh guru-guru marketing.

Tapi di Facebook, kadang² marketing yang dibuat tak berapa menjadi sebab follower tak ramai dan ini boleh dilihat pada engagement di setiap posting yang kita buat.

Buat posting setiap hari, tapi selalu 2-3 like ja, something is wrong there.

Friendslist 5000 pun tak semestinya 5000 orang nampak posting kita. In fact, 500 orang pun belum tentu.

Most probably ini disebabkan algorithm Facebook yang dah mula "hide" posting kita dari wall orang lain menyebabkan mereka tak nampak posting kita di wall.

Ada banyak cara untuk tingkatkan engagement supaya posting kita "kurang dihide". 

Boleh buat manual engagement seperti stalk FB orang lain, like posting orang dan sebagainya.

Namun ada satu cara kontroversi yang berkesan tetapi berisiko, iaitu Marketing Mohon Kecam (MMK).

APAKAH SEBENARNYA MARKETING MOHON KECAM (MMK)?

Jawapan : Basically apa sahaja posting yang sekiranya dibaca orang, mereka akan terasa hati, teremosi marah atau meluat atau menyampah atau benci atau yang menimbulkan spekulasi atau mendetik ketidaksetujuan yang terlampau.

Netizen memang suka kalau bab kecam ni.

KEBERKESANAN MMK

Sangat berkesan.

Posting MMK anda boleh dilihat oleh orang yang telah lama tiada engagement dengan anda walaupun tanpa diShare dan dikecam.

Mereka yang stalk FB anda atau tiba² melakukan engagement dengan anda akan dapat melihat posting² anda selepas posting MMK, menyebabkan view, like dan komen anda boleh bertambah dengan cepat.

RISIKO YANG PERLU DIAMBILKIRA SEBELUM MELAKUKAN MMK

MMK ni, walaupun berkesan, tetapi risikonya tinggi, kerana posting anda perlu "menanti dikecam".

Antara risikonya :

1. Pandangan orang lain terhadap anda akan berubah dari baik ke buruk

2. Hilang kawan/friend/follower

3. Emosi anda akan terganggu dengan kecaman yang dilakukan netizen

Anda perlu terima risiko ini sebelum terus melakukan MMK.


No comments:

Post a Comment

Care to comment? :)