Saya mengamalkan marketing personal branding di Facebook sejak tahun 2015 sejak bergelar Senior Trainer di Coway Malaysia.
Banyak guru yang saya berguru berkenaan marketing ni. DAO, Najib Assadok, Funnel Evo, Red Eagle dan banyak guru² yang tak dikenali.
Pada kebiasaannya, marketing personal branding ni melibatkan posting² berkenaan diri sendiri yang mengandungi unsur jenaka, motivasi positif dan ilmiah dalam posting² harian. Selain dari itu, result marketing juga sangat berkesan dalam menaikkan personal branding.
Biasanya caraukur personal branding dapat dilihat pada berapa banyak like, komen dan share pada sesuatu posting.
........................
Sejak 2 bulan kebelakangan ni, akibat kesihatan yang terganggu (kenalan² rapat sahaja tahu apa yang terjadi pada saya dan anak saya), saya kurang aktif bermedia sosial kerana asyik sakit, menyebabkan kreativiti menurun dalam membuat marketing.
So apabila kesihatan sudah mula pulih, saya mulakan semula aktiviti marketing seperti biasa.
Tapi like dan komen tak banyak seperti sebelumnya, kurang 10 engagement. Makin kurang, seolah² orang tak nampak posting² saya walaupun ada unsur jenaka, ilmiah dan motivasi.
Maka saya berfikir, marketing jenis apa lagi yang saya perlu buat untuk orang NAMPAK posting² saya.
Tiba² teringat pasal MMK. Saya tak pernah buat sebab tak berani.
Nanti orang pandang serong kat saya.
Nanti orang takmau kawan dah dengan saya.
Nanti orang benci saya.
Sebagai bekas trainer dan WS Agent, saya dipandang tinggi kerana ilmu saya dalam bidang penapis air dan penapis udara disamping kemampuan sales saya.
Jadi saya takut.
Tapi, sifat teringin untuk cuba itu ada. Sekali seumur hidup pun jadi lah.
Dan saya pujuk diri "Kalau ini sahaja caranya, buat ja. Kawan² yang betul² mengenali kau pasti akan sedar yang posting itu "bukan Irwin" yang sebenar".
Jadi saya pun buat posting MMK.
Topik yang saya pilih (yang tengah hot masa tu) ialah berkenaan agent SK Magic (company yang saya sedang bekerja dengan) sahaja yang dapat caruman EPF dan company lain tiada.
Saya cuba posting pertama minggu lepas. Takdak pun orang kecam.
Lepas tu saya cuba posting macam kebiasaannya (ilmiah + motivasi), tiada perubahan dalam like dan komen.
Saya cuba lagi posting MMK. Kali ni lebih "jahat" ayatnya.
Friendlist saya banyak berasal dari Coway, jadi mereka yang nampak posting saya mula mengecam. In fact, ada yang dari SK Magic pun mengecam. Dan paling pelik, orang yang bukan dari company penapis air pun mula mengecam.
Fuuhh feeling masa tu, walaupun saya sendiri pun terasa emosi jugak la sebab dikata tak beradab dalam bisnes la, tak professional la, kurang ajar la, tapi dalam masa yang sama, saya nampak MMK ni menjadi!
Tiba² dekat wall saya, saya boleh nampak posting raaammmaaii orang dari friendlist saya yang sebelum ni saya tak nampak. Ada posting dari mereka yang nama²nya saya tak pernah tau pun dah boleh nampak. Like dan komen pada posting saya pun semakin meningkat.
But the price?
Ramai kawan² dari company lama masih marah pada saya. 😢
Hopefully you guys will find the heart to forgive me one day. It's just marketing.
Dah, last dah guna MMK, serik! It's just not me! Biar la Dato Vida dan Alif Syukri ja guna...